Aroma - Aroma Asmara | Lirik

Kau nyalakan asmara.. dihujung mata,
Merusuh dijiwa bagai bencana,
Dan tercipta asmara.. jadi sejarah,
Memanah sang bisanya,
Kemata jiwa..

Malam tersimpan anganan,
Lewat jauh dilena,
Tersangkut di awangan,
Hidup pun tak keruan..

Oh asmara menggila.. dan merbahaya,
Kan menjadi alpa bila bersua,
Oh asmara asmara.. yang penuh rahsia,
Meracuni fikiran oh sungguh bisa..

Kerana gelagat asmara,
Ramai menjadi mangsa,
Bisa yang ditinggalkannya,
Mengalir sepanjang usia,

Oh kerana asmara.. kujatuh cinta,
Cinta pura - pura kita sengsara..