Antara berjuta bintang dilangit,
Kusunting dikau oh Athira,
Indahnya sinarmu menyentuh kalbu,
Sehalus sutera selembut bayu..
Malam jadi terang kerana hadirmu,
Rinduku pun hilang dibelai kasihmu,
Tapi mengapa hanya seketika,
Bangkit mentari engkau tiada..
*Korus
Terleburlah cinta kita wahai Athira,
Akhirnya aku tergoda jua,
Kerana sinar mentari membakar jiwa,
Ku tak berdaya menahan rasa..
Ku harap kau memaafkan aku Athira,
Kerna menduakan cinta,
Namun kasihmu tetap menyala,
Dilubuk hatiku oh Athira,
Pabila malam engkau menjelma,
Hatiku remuk tiada terkata..
Oh.. ohh..
Ulang *Korus
